Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
PRESTASI CEMERLANG KATEGORI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2.0 (SMPK 2.0) DAN KECEMERLANGAN 100% DALAM PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM SESI AKADEMIK 2024/2025. 3 Januari 2025, Mega Hotel, Miri
Pejabat Pendidikan Daerah Miri telah menganjurkan Majlis Apresiasi Daerah Miri 2024 bertempat di Mega Hotel, Miri pada 3 Januari 2025. Pada majlis tersebut, IPG Kampus Sarawak telah dianugerahkan Sijil Pengiktirafan di atas Prestasi Cemerlang kategori Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan 2.0 (SMPK 2.0) dan kecemerlangan 100% dalam Permohonan Kemasukan ke Prasekolah KPM pada Sesi Akademik 2024/2025. Membangunkan kepercayaan masyarakat! Pengiktirafan ini juga menunjukkan bahawa prasekolah bukan sahaja berjaya memenuhi kriteria penilaian dalam SKPK 2.0, malah mampu membangunkan kepercayaan masyarakat sehingga mendorong penyertaan penuh dalam permohonan kemasukan murid baharu.
Kejayaan ini adalah manifestasi komitmen tinggi, perancangan rapi, serta dedikasi berterusan pihak pengurusan dan seluruh warga pendidik prasekolah, yang cekal dan berdaya saing dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti, selamat dan merangsang perkembangan menyeluruh kanak kanak. IPGKS mengucapkan syukur kehadrat Ilahi di atas pengiktirafan tersebut dan beriltizam untuk meneruskan kecemerlangan ini pada sesi akademik yang akan datang. Pihak IPGKS merakamkan penghargaan kepada PPD Miri di atas kerjasama dan pengiktirafan terhadap usaha, dedikasi, dan komitmen warga IPGKS ke arah merealisasikan visi menjadikan Institut Pendidikan Guru Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.
5
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online