Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025

Januari - Jun 2025

I P G K S

Kreativiti biasanya tertumpu pada pemikiran dan pengetahuan asal, yang mengeluarkan potensi dan merupakan sebahagian daripada penjanaan idea. Inovasi, sebaliknya, digunakan untuk mengubah idea kreatif yang anda hasilkan menjadi penyelesaian yang berdaya maju. Pertandingan Idea Kreatif & Inovatif Antarabangsa (ICIIC) 2025 ialah pertandingan untuk memupuk idea kreativiti dan inovasi dan seterusnya memudahkan penyelesaian masalah secara kreatif. Anugerah Emas : International Creative & Innovative Idea Competition (ICIIC) 2025 Pertandingan ini dianjurkan oleh MNNF Network (Mediate Nexus and Nurture a Fast Network) yang melibatkan 564 penyertaan dari 7 Negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Phillippines, Sourth-Africa, UAE dan Brunei. 8 Februari 2025, Atas Talian

International Creative & Innovative Idea Competition (ICIIC) 2025 ialah platform yang menyatukan idea, kreativiti dan inovasi dari seluruh negara dan antarabangsa. Ia bukan sekadar ruang persaingan, tetapi sebuah wadah pembangunan minda kreatif dan penyelesaian inovatif terhadap cabaran yang kita hadapi dalam pelbagai bidang. Dengan kejayaan ini, seluruh warga IPG Kampus Sarawak turut sama berbangga dan mengucapkan tahniah kepada para peserta. Semoga kerja keras, dedikasi dan semangat yang ditunjukkan menjadi suntikan ilham buat seluruh warga IPGKS yang lain. Teruskan berkarya dan mencipta inovasi yang menginspirasi! "Wadah pembangunan minda kreatif dan penyelesaian inovatif." Tahniah kepada pensyarah IPG Kampus Sarawak, Dr Law Hui Haw dan Puan Wong E Mann kerana telah berjaya merangkul Anugerah Emas untuk Kategori A (Profesional) dengan tajuk Mobile STEM Hub.

6

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online