Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
Pingat Emas Pertandingan Inovasi Pendidikan International Education Innovation Carnival 2025 (IEIC'25) 7 Mei 2025
Karnival Inovasi Pendidikan Peringkat Antarabangsa atau dikenali sebagai International Education Innovation Carnival (IEIC) 2025 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Khairuddin bin Abu Hanifah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak mewakili YAB Menteri Besar Perak. Karnival ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak, Kolej Komuniti Chenderoh Perak, Institut Tadbiran Islam Perak dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. menyajikan pelbagai aktiviti dan program menarik. Salah satunya ialah Pertandingan Inovasi Pendidikan melibatkan 267 penyertaan kumpulan inovasi dari dalam dan luar negara. Antara penyertaan ini adalah daripada pensyarah IPG Kampus Sarawak. Karnival yang berprestij dan penuh gemilang ini
Kemenangan pensyarah IPG Kampus Sarawak (IPGKS) dalam pertandingan ini bukan sahaja membanggakan seluruh warga institusi, malah menjadi bukti bahawa budaya inovasi dan pemikiran kreatif dalam kalangan pendidik mampu menghasilkan penyelesaian praktikal yang menyumbang secara langsung kepada pemantapan sistem pendidikan negara. Kejayaan ini juga mem buktikan keupayaan warga IPGKS bersaing di peringkat antarabangsa melalui hasil inovasi yang kreatif dan relevan. Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan sistem pendidikan secara men yeluruh. Syabas & Tahniah!
Institut Guru Kampus Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Aisha Chang, atas kejayaan merangkul Pingat Emas dalam Kategori Terbuka (Inovasi Pengurusan dalam Pendidikan). Dalam pertanding an ini, beliau telah menge tengahkan inovasi bertajuk "EPPK: Sistem Pengurusan Data Pemantauan Kurikulum". "Inovasi pemacu kecemerlangan." Pendidikan
7
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online