Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
Pencapaian Pertandingan
4
Bintang
dalam
ANJURAN : JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI KOLEJ VOKASIONAL MIRI Menyemarakkan Semangat Inovatif! Pertandingan ini dianjurkan oleh Kolej Vokasional Miri dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD) dan R.D.C dibawah Yayasan Inovasi Malaysia. KIK Horizon Baharu ini terbuka untuk warga Pendidik, Pengurusan Organisasi dan staf akademik atau sokongan. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi dalam mencipta atau menambah baik sistem pengurusan pendidikan yang berasaskan digitalisasi dan elektronik.
Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
30 April - 13 Jun 2025
Tema pertandingan ini menekankan usaha mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan, serta inovasi dalam sistem penyampaian pendidikan melalui teknologi. Pertandingan ini merupakan medan bagi pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari seluruh negara untuk mempersembahkan projek projek berimpak tinggi yang menumpukan kepada transformasi digital dan penggunaan elektronik dalam pengurusan pendidikan. Kumpulan Kualiti Tanpa Sempadan yang terdiri daripada Dr. Hajah Noraini binti Omar, Dr. Hajah Tiwi binti Kamidin, Dr. Aisha Chang, Dr. Huang Chwei Ing dan Puan Angela Jau telah berjaya merangkul 4 Bintang dalam pertandingan ini dengan produk inovasi “Sistem Pengurusan Kualiti IPG Kampus Sarawak 2.0”. Pencapaian ini jelas membuktikan komitmen, dedikasi, serta semangat kerjasama tinggi dalam menghasilkan inovasi bermakna dan berimpak. Syabas dan teruskan kecemerlangan! "EMPOWERING DIGITALIZATION AND ELECTRONICS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT" 1st NATIONAL MIRIKIKSTART 2025 Peringkat Kebangsaan
10
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online