Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025

Januari - Jun 2025

I P G K S

Bicara Eksekutif Pengarah IPGKS 6 Januari 2025, Dewan Ilmu IPGKS Bicara Eksekutif Warga IPG Kampus Sarawak, Miri telah diadakan bersempena tahun baharu 2025 bertempat di Dewan Ilmu, IPGKS pada 6 Januari 2025.

Pengarah IPG Kampus Sarawak, YBrs. Dr. Hajah Noraini binti Haji Omar di dalam

perkongsian profesionalnya telah menegaskan berkenaan tanggungjawab dan amanah dalam diri setiap Penjawat Awam. Beliau turut memberi penekanan khusus terhadap matlamat dan hala tuju IPGKS yang kini berada di Fasa ke-4, Kegemilangan dan Kelestarian.

Program sulung 2025 ini telah dihadiri oleh sekitar 95 orang warga IPGKS. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengarah YBrs. Dr. Hajah Tiwi binti Kamidin.

Penyampaian Amanat

Prinsip Pegangan Amanah “Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”.

Intipati

Pengarah menyeru warga IPGKS agar tidak meng khianati amanah sama ada amanah peribadi, sosial, atau pekerjaan. Menyedari bahawa pengkhianatan terhadap amanah adalah dosa besar, lebih-lebih lagi jika dilakukan dengan sedar.

Turut disampaikan dalam Program Bicara Eksekutif ini adalah intipati-intipati penting daripada Amanat Tahun Baharu 2025 YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

(QS:an Nisa:58)

12

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online