Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
Majlis Chap Goh Mei 2025 Anjuran Persatuan Bahasa Cina 14 Februari 2025, Dewan Muhibah IPGKS
Majlis Chap Goh Mei 2025 merupakan salah satu perayaan besar yang disambut bersama oleh semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS). Sambutan perayaan ini bermatlamat bukan sahaja untuk membolehkan semua warga IPGKS meraikan Chap Goh Mei bersama-sama pada hari yang amat bermakna tersebut, malahan di samping itu dapat memberi peluang kepada warga IPGKS termasuk pensyarah, staf sokongan dan guru pelatih untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain demi kesejahteraan dan keharmonian. • Membina dan meningkatkan kemahiran merancang atau mengurus sesuatu program dalam kalangan guru pelatih terutamanya ahli Persatuan Bahasa Cina. Objektif Majlis Chap Goh Mei 2025 adalah seperti berikut:
Ucapan wakil Pengarah, Encik Lee Tiew Siong
• Mempamerkan kepentingan sesuatu perayaan di negara kita. • Menyesuaikan diri guru pelatih terutamanya ahli Persatuan Bahasa Cina ke arah pengurusan majlis pada masa akan datang semasa menjadi guru di sekolah.
• Menunjukkan komitmen dalam melaksanakan sesuatu amanah yang diberi. • Meningkatkan daya ketahanan dalam fizikal, mental, rohani dan sosial.
Sebagai acara pembukaan yang istimewa, majlis telah menjemput pasukan persembahan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Lutong, Miri bagi mempersembahkan dua pertunjukan kebudayaan yang menarik, iaitu persembahan gendang 24 Perayaan dan tarian singa. Persembahan Gendang 24 Perayaan mengetengahkan gabungan irama dram yang penuh tenaga dan simbolik dalam budaya Cina, manakala tarian singa melambangkan kemakmuran. Selain daripada itu, Ahli Persatuan Bahasa Cina juga menyediakan tiga persembahan tarian, drama dan persembahan nyanyian untuk memeriahkan lagi majlis ini. Ribuan terima kasih kepada semua warga IPGKS yang menghadiri majlis ini dan memberi sokongan penuh kepada Persatuan Bahasa Cina IPGKS.
Ucapan Pengerusi Majlis, Saudari Law Chaw Nee
13
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online