Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
Misi: Menyemai Nilai, Menabur Bakti Program sukarelawan tahunan IPGKS kembali lagi! Pasca banjir yang melanda kawasan Miri, mengakibatkan beberapa sekolah mengalami kerosakan dan lumpur tebal. IPG Kampus Sarawak tampil pantas menghulurkan bantuan bagi memulihkan semula persekitaran pembelajaran murid. Skuad Ihsan Madani IPG Kampus Sarawak yang dianggotai Kumpulan Pengurusan, Anggota Kumpulan Pelaksanan (AKP) dan Pelajar IPG Kampus Sarawak telah melaksanakan misi khidmat masyarakat secara gotong royong membersihkan sekolah di bawah seliaan PPD Subis bertempat di SK Bekenu. Program Sukarelawan IPGKS 8 Februari 2025, SK Bekenu Kerjasama dan Kolaborasi Komuniti Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah IPG Kampus Sarawak Dr Hajah Noraini binti Haji Omar, Puan Rabinah Binti Zaini selaku Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Subis, dan Penolong Kanan HEM SK Bekenu. Program tersebut turut disertai para Guru, Staf sokongan, serta PIBG SK Bekenu. Misi khidmat masyarakat ini telah berjaya diselesaikan sekitar jam 3 petang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang sudi berganding bahu. Tidak dilupakan juga rakan-rakan sukarelawan IPGKS yang telah menunjukkan semangat luar biasa. Tahniah dan syabas! 15
IMPAK PROGRAM
Kesan Membantu mempercepatkan proses pembukaan semula sekolah yang terkesan akibat banjir Nilai Meningkatkan kesedaran sivik & nilai kemanusiaan dalam kalangan warga IPGKS, terutamanya guru pelatih.
Jalinan Memperkukuh jalinan IPGKS dengan komuniti setempat
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online