Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berlangsung dengan penuh barakah di IPG Kampus Sarawak pada 10 Mac 2025. Program ini menjadi wadah merapatkan ukhuwah, menyemarakkan semangat Ramadan serta menyantuni warga IPGKS dalam suasana penuh syahdu dan keinsafan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Pensyarah, Pegawai Pengurusan, Anggota Kumpulan Pelaksana serta pelajar siswa siswi atas kerjasama, dedikasi, dan semangat ukhuwah yang ditunjukkan. Walaupun program ini dilaksanakan dalam tempoh persiapan yang singkat, kejayaan ini membuktikan nilai kebersamaan yang erat dalam kalangan warga IPGKS. PROGRAM JAULAH RAMADAN KEMENTERIAN (KPM) 10 Mac 2025, IPG Kampus Sarawak
"Delegasi KPM & Pengisian Bermakna" menyampaikan amanat serta kata-kata motivasi kepada warga pendidik dan para pelajar. Selain itu, beliau juga mengetuai pengagihan bubur lambuk sebagai simbolik kebersamaan dan keindahan bulan Ramadan. Program Jaulah Ramadan ini bukan sahaja menghidupkan suasana ibadah di bulan mulia, malah menzahirkan keprihatinan KPM terhadap kebajikan institusi pendidikan guru. Semoga program seperti ini diteruskan sebagai pengikat hati dan pemangkin semangat dalam membentuk guru yang cemerlang dunia dan akhirat. Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Azman bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), yang turut
Semoga program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi juga menyemarakkan semangat Ramadan yang penuh keberkatan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat!
17
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online