Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025

Januari - Jun 2025

I P G K S

JOM RAYA BERSAMA

Program Bejarah Raya Peringkat IPGKS

Merapatkan Silaturrahim

Menghargai Warisan, Menyemai Kasih Sayang

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Pengarah IPGKS, Dr. Hjh Noraini binti Omar, Timbalan Pengarah Dr. Hjh Tiwi binti Kamidin, barisan pensyarah, staf sokongan serta semua pelajar IPGKS. Tema “Bejarah Raya” mengangkat konsep belajar sambil beraya. Aktiviti disusun untuk menggalakkan pemahaman tentang budaya, adab dan nilai-nilai murni dalam suasana perayaan. Program ini adalah platform pembelajaran tidak formal bagi pelajar dalam aspek komunikasi, pengurusan acara dan kerja berpasukan.

Pada 25 April 2025, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) telah menganjurkan Program Bejarah Raya 2025, bertempat di Dewan Muhibah, IPGKS. Program ini merupakan inisiatif tahunan yang bertujuan memupuk semangat perpaduan, memperkukuh hubungan silaturahim dan menerapkan nilai murni sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam ucapan perasmiannya, Pengarah IPGKS menekankan pentingnya mengekalkan nilai dan adab dalam arus pendidikan moden dan menyeru agar program seumpama ini diteruskan demi membentuk kesan positif. Program diakhiri dengan jamuan Aidilfitri secara santai, yang mempertemukan seluruh warga kampus dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan.

20

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online