Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025

Januari - Jun 2025

I P G K S

Majlis Perasmian

Bengkel Pendidikan Alam Sekitar

STRATEGI

Beliau menjelaskan bahawa usaha tersebut merangkumi pelaksanaan Ordinan Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau 2023, Dasar Perubahan Iklim Sarawak, pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui serta pemuliharaan hutan dan paya bakau melalui pendekatan karbon biru. Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan geran khas untuk penubuhan Kelab PALS (Program Alam Sekitar Lestari Sarawak) melalui NREB bagi mendukung program program lestari alam sekitar.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew. Dalam ucapan perasmian tersebut beliau berkata, guru bukan sekadar menyampaikan kurikulum, malah menjadi pencetus nilai kelestarian melalui pendekatan gaya hidup lestari dan aktiviti komuniti. Menurutnya, Kerajaan Negeri Sarawak komited memperkukuh agenda kelestarian menerusi pelbagai dasar dan inisiatif untuk menuju ke arah negeri karbon rendah. PERASMIAN - 14 JUN 2025 Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) telah menganjurkan Bengkel Pendidikan Alam Sekitar bertempat di Dewan Muhibah, IPGKS.

KERJASAMA Turut sama memberikan ucapan dalam Majlis ini ialah YBhg. Datu Jack anak Liam; Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak dan YBrs. Dr. Hajah Noraini binti Omar; Pengarah IPGKS. Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam memupuk kesedaran dan tindakan proaktif terhadap isu alam sekitar.

23

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online