Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
MAJLIS ANUGERAH GEMILANG DAN GRADUASI PISMP AMBILAN JUN 2021 – JULAI 2025 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
Majlis Anugerah Gemilang dan Graduasi PISMP Ambilan Jun 2021 – Julai 2025 Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak telah diadakan pada 9.30 pagi, 24 Jun 2025 di Dewan Muhibah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Majlis gilang-gemilang ini telah menyaksikan seramai 56 orang graduan menerima pengiktirafan setelah berjaya menamatkan pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama lima tahun di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Para graduan terdiri daripada 37 orang dalam bidang Bahasa Melayu Pendidikan Rendah dan 17 orang dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Majlis penuh bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr Hajah Noraini binti Haji Omar, Pengarah IPG Kampus Sarawak, YBrs. Dr Tiwi binti Kamidin, Timbalan Pengarah IPGK Sarawak, Ketua-ketua Jabatan dan Unit, para pensyarah, serta semua pelajar PPISMP dan PISMP. Sijil tamat pengajian telah disampaikan oleh YBrs. Dr Hajah Noraini binti Haji Omar kepada setiap graduan, manakala upacara simbolik
“Turning the Tassel” telah disempurnakan dengan penuh istiadat oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan Ketua Jabatan Bimbingan dan Kaunseling. Keseluruhan majlis berlangsung dalam suasana yang sarat dengan rasa syukur, keharuan dan kebanggaan.
Penghargaan & Pengiktirafan
Majlis ini merupakan penghargaan kepada para graduan atas kejayaan mereka menamatkan pengajian, di samping mengiktiraf kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan sepanjang tempoh pengajian. Semoga para graduan menjadi agen perubahan yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak mulia dalam mendepani cabaran dunia pendidikan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada pasukan pengelola majlis yang diketuai oleh Penyelaras Pemantauan Prestasi Pelajar, Puan Angela Jau, atas komitmen dan dedikasi yang dicurahkan. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Koperasi IPGKS yang telah memberikan kerjasama penuh, khususnya dalam pengurusan jubah graduasi. 25
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online