Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
CERAMAH KHAS
Ceramah Sempena Awal Muharram 2025 “Membangun Ummah Madani” MAAL HIJRAH Sambutan Maal Hijrah ini adalah antara usaha murni Unit Pendidikan Islam (JAPIM) dengan kerjasama Persatuan Guru Pelajar Islam (PGPI) dalam mendidik dan menyuburkan jiwa para pelajar guru dengan nilai, akhlak dan semangat perjuangan Rasulullah SAW. Kita amat bertuah kerana pada majlis ini, warga IPGKS telah dijemput untuk mendengar perkongsian ilmu daripada seorang tokoh yang dihormati, iaitu Al Fadhil Ustaz Haji Sulaiman bin Haji Hashim, Ketua 27 Jun 2025 Dewan Ilmu, IPGKS
Membawa Perubahan Tahun Hijrah bukan sekadar pertukaran angka, tetapi membawa maksud perubahan, hijrah jiwa dan pembinaan jati diri, sejajar dengan contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam penghijrahannya dari Makkah ke Madinah – satu langkah besar dalam membina peradaban Islam yang penuh rahmah dan hikmah. Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, JPNS. Sesungguhnya, pengalaman dan ilmu beliau amat besar maknanya buat kita semua, khususnya dalam membimbing para pendidik Islam masa kini.
“dari sekadar tahu kepada benar benar menghayati” Marilah kita menjadikan sambutan Maal Hijrah ini sebagai titik tolak kepada satu penghijrahan diri yang lebih positif – dari yang baik kepada yang lebih baik, dari lemah kepada lebih berdaya saing, dari sekadar tahu kepada benar-benar menghayati.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan hari ini akan menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT.
27
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online