Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025

Januari - Jun 2025

I P G K S

Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 SK Nanga Selangau STEM HUB

10 Januari 2025 STEM Hub IPG Kampus Sarawak telah menerima lawatan daripada SK Nanga Selangau, terdiri daripada 33 orang pelajar tahun 6 dan tahun 5 yang diiringi 10 orang guru dan staf sekolah. Objektif lawatan tersebut adalah untuk : Memberi pengalaman kepada murid tentang suasana pembelajaran di kampus perguruan. Menyediakan pendedahan kepada murid tentang pembelajaran Sains dan Matematik menggunakan kaedah menarik dan berteknologi, termasuk penggunaan aplikasi Augmented Reality (AR). Memperkenalkan teknologi robotik dalam pembelajaran. Pelawat juga diberikan informasi mengenai pencapaian Kelab Robotik IPG Kampus Sarawak dalam pertandingan robotik.

Stem Hub

Harapan & Hala Tuju

Jabatan STEM mempunyai harapan yang tinggi agar STEM Hub dapat berfungsi sebagai pusat pembelajaran yang inklusif dan menyeluruh, dengan tujuan berikut :

Hab Pendidikan Pelbagai

Kemahiran Abad ke-21 Jabatan STEM berharap dapat membantu murid membina kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan, termasuk kemahiran kritikal dan kreatif. Kolaborasi Jabatan STEM juga ingin menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara STEM Hub dan sekolah-sekolah lain untuk berkongsi sumber dan pengalaman, serta memperluas jaringan pembelajaran. Dengan harapan ini, Jabatan STEM berusaha untuk memastikan bahawa STEM Hub menjadi tempat yang dinamik dan berkesan untuk pembelajaran yang berterusan dan holistik.

STEM Hub beraspirasi melangkaui Sains dan Matematik, untuk melibatkan dan memperkaya pengalaman pembelajaran dalam bidang lain seperti Teknologi, Kejuruteraan, dan Seni. Minat dan Penglibatan Menarik lebih banyak sekolah untuk menyertai program dan aktiviti yang ditawarkan, sekaligus meningkatkan minat murid terhadap pendidikan STEM. Memperkasakan Pendidik STEM Hub juga berhasrat menjadi hab latihan dan sokongan dalam pengajaran STEM, dengan penekanan pada pendekatan inovatif dan berteknologi.

28

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online