Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
STEM Hub IPG Kampus Sarawak berbesar hati menerima lawatan daripada tiga Timbalan Pengarah Zon Sarawak sempena Mesyuarat Timbalan Pengarah Zon Sarawak. Lawatan ini dihadiri oleh: Lawatan Timbalan Pengarah Zon Sarawak ke STEM Hub IPG Kampus Sarawak 4 Februari 2025, STEM Hub IPG Kampus Sarawak Sepanjang lawatan, Timbalan Pengarah daripada empat IPG Zon Sarawak, termasuk Dr. Hajah Tiwi binti Kamidin (Timbalan Pengarah IPG Kampus Sarawak) telah berkongsi pandangan dan perancangan bagi membangunkan STEM Hub, terutama dalam bidang robotik. Dr. Hu Laey Nee, pensyarah pembimbing Kelab Robotik IPGKS telah memberikan pendedahan mengenai prosedur dan perancangan yang dilaksanakan dalam penyertaan pertandingan robotik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pengarah IPG Kampus Sarawak, Dr Hajah Noraini binti Omar juga turut hadir bersama rombongan Timbalan Pengarah Zon Sarawak. Sebelum mengakhiri lawatan, beliau telah membawa rombongan Timbalan Pengarah Zon Sarawak melawat Makmal Sains, memberikan mereka peluang untuk melihat penggunaan televisyen pintar interaktif dan aktiviti yang dijalankan di dalam makmal tersebut. Lawatan ini merupakan satu langkah positif dalam memperkukuhkan kerjasama dan pembangunan STEM di kalangan institusi pendidikan di Zon Sarawak. Diharapkan bahawa hasil perbincangan dan perkongsian ini akan memberikan impak yang positif terhadap perkembangan STEM, khususnya di Zon Sarawak. • Dr. Zainal Abidin (Timbalan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang) • En. Muyang Jami (Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak) • Dr. Cindy Wong Chyee Chen (Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang)
31
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online