Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Madani.
Penerbitan Buletin IPGKS Edisi Ke-3 bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 ini adalah sebagai medium dokumentasi, komunikasi dan perkongsian ilmu serta aktiviti warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS). Buletin ini memaparkan rangkuman pelbagai program, bengkel, lawatan ilmiah, pencapaian cemerlang pelajar dan pensyarah, serta inisiatif yang mencerminkan kecemerlangan IPGKS sebagai institusi latihan keguruan yang proaktif, berdaya saing dan sentiasa menyahut aspirasi pendidikan negara. Sidang editor merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga IPGKS yang telah menyumbang bahan, berita, laporan serta gambar-gambar yang memperkayakan kandungan buletin ini. Tanpa sumbangan dan sokongan anda semua, penerbitan ini tidak mungkin dapat direalisasikan. Kami amat mengalu-alukan sebarang penambahbaikan, cadangan dan maklum balas untuk memastikan buletin ini terus relevan, segar dan bermanfaat kepada pembaca dari semasa ke semasa. Semoga paparan dalam edisi ini bukan sahaja sebagai rujukan, tetapi menjadi inspirasi untuk berkarya, berinovasi dan berbakti dalam dunia pendidikan.
Akhir kata, selamat membaca dan semoga segala usaha ini mendapat keberkatan serta menyemarakkan semangat keilmuan dalam kalangan warga IPGKS.
Sekian, terima kasih. “Berilmu, Berbakti, Berinovasi.” Edisi Ke-3 | Januari – Jun 2025
.....dari meja pengarang
i
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online