Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
Bengkel Pedagogi Terbeza Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
22 Februari 2025, Jabatan Pendidikan Holistik
KONSEP Dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah dan berkembang, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga perlu berkembang seiring dengan keperluan pelajar masa kini. Pendekatan pedagogi terbeza bukanlah satu konsep baharu, namun pelaksanaannya memerlukan pemahaman yang mendalam, kreativiti, dan kesediaan guru untuk beradaptasi.
PENYAMPAIAN Bengkel ini disampaikan oleh Dr. Narawi bin Abu Bakar dari Jabatan Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dan En. Awangku Azwani bin Awang Yaman dari Jabatan Pengajian Melayu (JPM).
OBJEKTIF Objektif bengkel ini dilaksanakan adalah untuk : Meningkatkan Pemahaman tentang Konsep Pedagogi Terbeza. Membangunkan Kemahiran Merancang Pengajaran yang Berasaskan Pedagogi Terbeza Mengaplikasikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Terbeza dalam Pelbagai Konteks Meningkatkan Kecekapan Guru Pelatih dalam Menggunakan Teknologi dan Sumber Pendidikan untuk Pedagogi Terbeza.
28 32
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online