Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025

Januari - Jun 2025

I P G K S

Anjuran Jabatan Bimbingan & Kaunseling

PROGRAM JOM RIA Jaga Otak & Minda; Riang, Inspirasi & Aktif 9 April 2025, SK Bakam, Miri, Sarawak Program yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bakam ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk membantu murid mengenali serta mengurus emosi mereka dengan cara yang sihat, melalui pendekatan interaktif dan menyeronokkan. Secara tidak langsung, pelaksanaan program ini diharap dapat

mewujudkan persekitaran pem belajaran yang lebih positif, kondusif, dan menyokong per kembangan emosi serta sahsiah murid secara menyeluruh.

Bagaimana Program Memberikan Kesan Kepada Para Peserta? Mempromosikan kesedaran kesihatan mental Memupuk motivasi diri Menggalakkan aktiviti yang menyeronokkan Membina sahsiah positif dalam kalangan murid

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran dan seluruh warga SK Bakam atas kerjasama padu dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan kepada para pelatih guru dan pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPGKS yang telah merancang dan melaksanakan program ini dengan penuh komitmen dan dedikasi.

28 36

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online