Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025

Januari - Jun 2025

I P G K S

SAYANGI DIRI Minda Sihat & Sahsiah Terpuji

15 April 2025

Anjuran Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, IPGK Sarawak dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Merbau dan SK Tudan, Miri Program “Sayangi Diri, Minda Sihat & Sahsiah Terpuji” ini bertujuan untuk memenuhi keperluan Maklumat Kursus (MK) bagi kursus PBKK3262 Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, khususnya dalam aspek menilai keperluan, perancangan dan penilaian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah (C5, A3, HPP2, HPP8, KKG6, KAT6).

“Dunia hari ini menuntut lebih daripada sekadar kecemerlangan akademik” Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menghargai diri, menjaga sahsiah dan kesihatan mental. Melalui pelaksanaan aktiviti yang interaktif dan mendidik, program ini juga berhasrat membentuk sahsiah murid yang lebih baik, di samping membantu mereka memahami serta mengamalkan nilai-nilai murni dan strategi kesihatan mental dalam kehidupan seharian. Di samping itu, program ini turut mem berikan murid kemahiran mengurus emosi dan tekanan dengan lebih berkesan, sekali gus membina keupayaan daya tahan diri yang kukuh.

28 37

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online