Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kefahaman dan keupayaan pensyarah dalam merancang, melaksana serta menilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan hasil (OBE) secara berkesan. Pendekatan OBE amat penting dalam memastikan setiap graduan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan selaras dengan keperluan standard kualiti pendidikan negara dan antarabangsa. 22-23 April 2025, Bilik Mikro IPGKS Kursus Pemantapan OBE Anjuran Jawatankuasa Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi
Kursus ini juga diharap dapat memantapkan penyediaan Rancangan Pengajaran Semester, pemetaan kursus, penentuan Kaedah Penilaian Berasaskan Hasil (CLO, PLO) serta pendedahan kepada keperluan akreditasi program. Di samping itu, kursus ini memberi ruang kepada pensyarah untuk berkongsi pengalaman, amalan terbaik dan cabaran dalam pelaksanaan OBE di IPG. Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kualiti pengajaran & pembelajaran, seterusnya melahirkan guru pelatih yang kompeten dan memenuhi kehendak pihak berkepentingan.
Program dirasmikan dan ditutup oleh Timbalan Pengarah Dr Hajah Tiwi Binti Kamidin, selaku Ketua Sekretariat. Manakala penceramah dari Universiti Curtin Malaysia terdiri daripada Profesor Madya Dr Raymond Chiong, Dr Fayrene Chieng, Profesor Madya Dr. Lau Shiew Wei, Profesor Madya Dr Bridgid Chin Lai Fui, Dr. Tan Yin Ling, Dr. Lynn Ling Yew Hua, Cik Wendy Law, Puan Julia Bajau dan Encik Delon Chai.
28 39
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online