Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
Perpustakaan IPG Kampus Sarawak telah menganjurkan Program Bedah Buku dengan tajuk buku “Utamakan Yang Utama”, tulisan Stephen R. Covey pada 14 Mac 2025, Jumaat yang lalu. Bertempat di Pentas Interaksi dan Ruang Membaca Perpustakaan, buku ini telah dikupas oleh YBrs. Dr. Hajah Tiwi binti Kamidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Sarawak. Dalam program ini, buku yang dipilih dibedah atau dianalisis secara terperinci. Tujuan dari program bedah buku adalah untuk memberikan pemahaman lebih mendalam tentang buku tersebut kepada peserta. Selain itu, antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk: Meningkatkan minat membaca dalam kalangan peserta dengan memberi pendedahan mendalam terhadap kandungan sesebuah buku yang berkualiti. Menggalakkan pemikiran kritis dan analitis melalui perbincangan, kupasan isi kandungan, serta interpretasi mesej dan tema utama buku. Membudayakan amalan perkongsian ilmu melalui aktiviti intelektual yang berfokuskan bahan bacaan. Membangunkan kefahaman lebih mendalam terhadap isu, nilai, atau konsep penting yang diketengahkan dalam buku yang dibedah. Selain itu, Little Free Library telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Hajah Tiwi binti Kamidin, pada hari yang sama. Perasmian ini menandakan bahawa buku-buku sumbangan dengan permulaan sebanyak 60 naskah yang ditempatkan di rak koridor luar perpustakaan telah boleh diakses pada bila-bila masa oleh komuniti IPGKS. Program Bedah Buku Siri 1 & Perasmian "Little Free Library" 14 Mac 2025, Perpustakaan IPG Kampus Sarawak
Program ini telah dihadiri secara fizikal oleh 24 orang kakitangan IPG Kampus Sarawak yang terdiri daripada pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana.
46
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online