Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S JOM BACA 23 APRIL 2025 UNIT PERPUSTAKAAN IPGKS BERSAMA 10 MINIT
Program ini merupakan satu inisiatif nasional yang bertujuan untuk menyemai dan memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Di peringkat IPG Kampus Sarawak, kita turut menyahut seruan ini dengan penuh semangat dan komitmen sebagai institusi yang melahirkan guru-guru cemerlang, berilmu dan berintegriti. Semoga program seperti ini tidak terhenti sekadar satu simbolik tahunan, tetapi terus dijadikan amalan harian dalam kalangan warga IPGKS. Marilah kita bersama-sama menjadikan membaca sebagai gaya hidup dan satu bentuk pelaburan masa hadapan. Selain daripada membaca bersama 10 minit, Unit Perpustakaan juga menganjurkan “Fotografi Jom Baca Bersama 10 Minit”. Para peserta diminta untuk berkongsi gambar membaca mereka di media sosial seperti Facebook sebagai tanda galakan untuk memacu tabiat murni ini. “MEMBACA JAMBATAN ILMU YANG MAMPU MEMBUKA JENDELA PEMIKIRAN, MEMPERLUAS PERSPEKTIF SERTA MEMPERKUKUH PEMAHAMAN” Pada 23 April 2025, tepat pukul 11:00 pagi, seluruh warga IPGKS diseru untuk turut serta berhenti dan meluangkan masa sejenak selama 10 minit untuk membaca buku tidak kira di mana mereka berada. PENGISIAN AKTIVITI JOM BACA
47
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online