Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025
Januari - Jun 2025
I P G K S
PROGRAM PENANDAARASAN DAN PERKONGSIAN ILMU ZON SARAWAK 2025 “PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEBAGAI PEMANGKIN KEJAYAAN ORGANISASI”
27-30 April 2025, Anjuran Unit Khidmat Pengurusan IPGKS
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak telah berjaya melaksanakan Program Penandaarasan dan Perkongsian Ilmu yang dianjurkan oleh Unit Khidmat Pengurusan, IPGKS. Program ini melibatkan penandaarasan ke IPG Kampus Batu Lintang, IPG Kampus Tun Abdul Razak dan IPG Kampus Rajang yang merupakan kampus-kampus di Zon Sarawak. Program ini bertujuan untuk menonjolkan kepentingan pengurusan sumber manusia yang berkesan sebagai teras kejayaan sesebuah organisasi pendidikan. Realitinya, organisasi dan sumber manusianya bukan sahaja perlu diurus, tetapi juga perlu dibimbing, diberdayakan dan dihargai. Kecekapan dalam hal ini dapat meningkatkan motivasi, semangat kerja berpasukan serta mewujudkan budaya organisasi yang cemerlang dan mampan. Melalui lawatan ke semua IPG Kampus Zon Sarawak ini, 28 peserta yang terlibat telah diberi peluang untuk menimba ilmu dan diberi pendedahan amalan terbaik dalam aspek pentadbiran dan pengurusan sumber manusia secara strategik dan mampan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
48
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online