Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025

Januari - Jun 2025

I P G K S

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Malaysia Madani dan salam IPG, Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya, kita dapat menerbitkan buletin edisi ketiga ini yang mencerminkan komitmen berterusan IPG Kampus Sarawak dalam melahirkan pendidik yang berilmu, berintegriti dan berjiwa rakyat. Sebagai institusi latihan perguruan yang berwibawa, IPGKS terus memperkukuh budaya akademik, memperkaya pengalaman pembelajaran, dan memacu inovasi dalam mendidik bakal guru yang bersedia menghadapi cabaran pendidikan abad ke 21. membina kecemerlangan dan kelestarian dengan bergerak seiring. DR. HAJAH NORAINI BINTI OMAR Fokus kepada Profesionalisme dan Komuniti PERUTUSAN PENGARAH IPGKS Mari bersama-sama Saya amat berbangga melihat semangat dan dedikasi warga IPGKS dalam pelbagai program sepanjang setengah tahun ini. Selain itu, penyertaan aktif dalam aktiviti khidmat masyarakat, membuktikan komitmen tinggi warga IPGKS terhadap pembangunan sahsiah dan tanggungjawab sosial.

Ke Arah Transformasi Pendidikan

Seiring dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia, IPGKS komited untuk terus memperkasa budaya penyelidikan, memperluas jaringan kerjasama, dan memanfaatkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya mengajak seluruh warga kampus – guru pelatih, pensyarah, dan staf sokongan – untuk terus berganding bahu membina persekitaran pendidikan yang inklusif, dinamik dan lestari. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penerbitan buletin, seluruh warga IPGKS, serta rakan strategik yang menyumbang dalam merealisasikan pelbagai inisiatif kampus. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada seluruh warga pendidik.

1

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online