MANUAL PENGURUSAN EKSEKUTIF 2026 IPGKBM
Semanis Kata, Seindah Bicara Assalamualaikum WBT Salam sejahtera, Salam L.E.S.T.A.R.I, Salam Malaysia MADANI, Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, Manual Pengurusan Eksekutif (MPE) 2026, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) berjaya disediakan dan diterbitkan secara digital. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh jawatankuasa serta warga kerja yang telah menyumbangkan idea, kepakaran, tenaga dan masa secara kolektif bagi memastikan manual ini dihasilkan secara komprehensif, tersusun dan berkualiti. MPE 2026 mencerminkan aspirasi kecemerlangan pengurusan IPGKBM yang berpaksikan tadbir urus berintegriti, profesionalisme dan akauntabiliti organisasi. Manual ini ditampilkan dengan pendekatan yang lebih strategik dan dinamik merangkumi komponen utama pengurusan kampus, antaranya aspek tadbir urus, kepakaran pensyarah, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kampus serta carta organisasi IPGKBM. Penyusunan MPE ini dilakukan secara sistematik dan terperinci agar dapat berfungsi sebagai dokumen rujukan menyeluruh yang memperkukuh kecekapan pengurusan serta menyokong pembuatan keputusan yang berfokus dan berimpak tinggi. Selain itu, MPE 2026 turut menggariskan hala tuju dan strategi pengurusan yang jelas bagi memastikan kecemerlangan berterusan dalam pengurusan organisasi dan pembangunan sumber manusia. Sebagai dokumen rasmi, MPE merupakan nadi dan rujukan utama pengurusan IPGKBM. Manual ini disusun sebagai panduan menyeluruh kepada seluruh warga kampus dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab secara lebih terancang, cekap dan berkesan. Dengan adanya MPE 2026, diharapkan wujud kesepaduan tindakan dan pemahaman bersama dalam kalangan warga IPGMKBM bagi merealisasikan visi dan misi institusi secara lebih tersusun, berfokus dan berdaya saing. Seiring dengan itu, MPE ini juga diharap dapat menyemai pembudayaan kerja yang sistematik, progresif dan berorientasikan penambahbaikan berterusan selaras dengan hala tuju strategik IPGKBM. Akhir kata, semoga MPE 2026 menjadi panduan utama yang memacu pengurusan IPGKBM ke arah kecemerlangan yang lestari. Diharapkan manual ini dapat membantu warga IPGKBM memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan lebih jelas serta mengamalkan gaya kerja yang sejajar dengan prinsip MADANI. Mudah mudahan MPE 2026 menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu kerja, pengurusan yang lebih teratur dan berkesan serta wahana terbaik untuk menyumbang secara optimum ke arah merealisasikan visi dan misi IPGKBM. Sekian, terima kasih.
YBrs. Dr.Masitah binti Mohammad Yusof Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Made with FlippingBook Digital Proposal Maker