Buletin IPGKS Edisi 3_Jan-Jun 2025

I NSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK EDISI 3 / JANUARI-JUN 2025 BULETIN IPGKS

https://ipgks.moe.edu.my/

ipgksarawak@ipgm.edu.my

Jalan Bakam, 98009, Miri, Sarawak

I NSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK EDISI 3 / JANUARI-JUN 2025 BULETIN IPGKS

https://ipgks.moe.edu.my/

ipgksarawak@ipgm.edu.my

Jalan Bakam, 98009, Miri, Sarawak

Jawatankuasa Penerbitan Buletin 2025

Dr. Hajah Noraini binti Omar Penasihat I

Dr. Hajah Tiwi binti Kamidin Penasihat II

Azrina binti Ali Ketua Editor

Dayang Suhailah bt Mohd Jaafar Sidang Editor

Diterbitkan Semi Tahunan Oleh : Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak No. Tel : 085-421201 || 085-410202 Fax : 085-424178 E-Mel : ipgksarawak@ipgm.edu.my

HAKCIPTA TERPELIHARA Sebarang penerbitan semula buletin ini di dalam apa jua bentuk adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak

Januari - Jun 2025

I P G K S

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Madani.

Penerbitan Buletin IPGKS Edisi Ke-3 bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 ini adalah sebagai medium dokumentasi, komunikasi dan perkongsian ilmu serta aktiviti warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS). Buletin ini memaparkan rangkuman pelbagai program, bengkel, lawatan ilmiah, pencapaian cemerlang pelajar dan pensyarah, serta inisiatif yang mencerminkan kecemerlangan IPGKS sebagai institusi latihan keguruan yang proaktif, berdaya saing dan sentiasa menyahut aspirasi pendidikan negara. Sidang editor merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga IPGKS yang telah menyumbang bahan, berita, laporan serta gambar-gambar yang memperkayakan kandungan buletin ini. Tanpa sumbangan dan sokongan anda semua, penerbitan ini tidak mungkin dapat direalisasikan. Kami amat mengalu-alukan sebarang penambahbaikan, cadangan dan maklum balas untuk memastikan buletin ini terus relevan, segar dan bermanfaat kepada pembaca dari semasa ke semasa. Semoga paparan dalam edisi ini bukan sahaja sebagai rujukan, tetapi menjadi inspirasi untuk berkarya, berinovasi dan berbakti dalam dunia pendidikan.

Akhir kata, selamat membaca dan semoga segala usaha ini mendapat keberkatan serta menyemarakkan semangat keilmuan dalam kalangan warga IPGKS.

Sekian, terima kasih. “Berilmu, Berbakti, Berinovasi.” Edisi Ke-3 | Januari – Jun 2025

.....dari meja pengarang

i

Januari - Jun 2025

I P G K S

KANDUNGAN

Perutusan Pengarah Penempatan Baharu Perpindahan Kenaikan Pangkat Persaraan

1 2 2 3 3-4

01

02

PENCAPAIAN IPGKS

5-11

03

PROGRAM IPGKS

12-27

04

PROGRAM JABATAN AKADEMIK

28-45

05 PROGRAM UNIT SOKONGAN

46-49

06

PENERBITAN IPGKS

50

Januari - Jun 2025

I P G K S

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Malaysia Madani dan salam IPG, Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya, kita dapat menerbitkan buletin edisi ketiga ini yang mencerminkan komitmen berterusan IPG Kampus Sarawak dalam melahirkan pendidik yang berilmu, berintegriti dan berjiwa rakyat. Sebagai institusi latihan perguruan yang berwibawa, IPGKS terus memperkukuh budaya akademik, memperkaya pengalaman pembelajaran, dan memacu inovasi dalam mendidik bakal guru yang bersedia menghadapi cabaran pendidikan abad ke 21. membina kecemerlangan dan kelestarian dengan bergerak seiring. DR. HAJAH NORAINI BINTI OMAR Fokus kepada Profesionalisme dan Komuniti PERUTUSAN PENGARAH IPGKS Mari bersama-sama Saya amat berbangga melihat semangat dan dedikasi warga IPGKS dalam pelbagai program sepanjang setengah tahun ini. Selain itu, penyertaan aktif dalam aktiviti khidmat masyarakat, membuktikan komitmen tinggi warga IPGKS terhadap pembangunan sahsiah dan tanggungjawab sosial.

Ke Arah Transformasi Pendidikan

Seiring dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia, IPGKS komited untuk terus memperkasa budaya penyelidikan, memperluas jaringan kerjasama, dan memanfaatkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya mengajak seluruh warga kampus – guru pelatih, pensyarah, dan staf sokongan – untuk terus berganding bahu membina persekitaran pendidikan yang inklusif, dinamik dan lestari. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penerbitan buletin, seluruh warga IPGKS, serta rakan strategik yang menyumbang dalam merealisasikan pelbagai inisiatif kampus. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada seluruh warga pendidik.

1

Januari - Jun 2025

I P G K S

KELUARGA IPGKS

Penempatan Baharu

Tanjung Aru indah permai, Tempat tenang buat bercuti. Staf baharu bawa angin damai, Selamat datang ke keluarga kami.

EDMUND ANAK AUSTRUS Pensyarah PPP DG10 3.03.2025

ROZIANA BINTI ZAILANI Pensyarah PPP DG10 20.01.2025

Perpindahan

Baju cantik kepunyaan puan, Basuh dikali disiang hari, Begitu baik budinya tuan, Lain kali berjumpa lagi

MELISSA ANAK GENDON Pembantu Tadbir N1 2.05.2025

MOHD RIDUAN BIN YAHYA Pembantu Tadbir N2 KUP 26.06.2025

2

Januari - Jun 2025

I P G K S

Kelapa muda buat minuman, Campur sirap sejukkan tekak. Jadikan dia sebagai teladan, Naik pangkat sebab kerja pun padu dan pekat! Kenaikan Pangkat

DR BELL SU’UT DG13 kepada DG14 (KUP)

HOON SWEE KIM DG12 kepada DG13 (KUP)

JENNIFER RABI ANAK TINKAI DG10 kepada DG12 (KUP)

Persaraan

Mentari pagi redup perlahan, Burung terbang pulang ke sarang.

Kini tiba waktu persaraan, Jasa tuan tetap dikenang.

AFFENDI BIN LABAN Pembantu Khidmat Am 13.01.2025

JANNET NG YIN YIN Pensyarah 01.01.2025

ALWI BIN KAMAR Pembantu Khidmat Am 6.06.2025

3

Januari - Jun 2025

I P G K S

Pemergian En. Mustapha bin Dollah Tarikh Pemergian: 22 April 2025 Jawatan Terakhir: Pembantu Khidmat Am, IPG Kampus Sarawak

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali” (َ رَاﺟِﻌﻮن ِ إِﻟَﻴْﻪ ﱠ ـﺎ وَإِﻧ ِ ﻟِﻠّﻪ ﱠ ﺎ إِﻧ ) Al-Fatihah ...ِِ ﱠﺣِﻴْـــــــــﻢ ﺍٌﻟﺮ ِ ﱠﺣْﻤَﻦ ﺍٌﻟﺮ ِ ﱠ ﻪ ﺍٌﻟﻠ ِ َﺑِﺴْــــــــﻢ ﱢﺼﺮﺍﻁ ﺍﻟ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ۞ ُ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦ َ ﱠﺎﻙ ﻭﺇﻳ ُ ﻧَﻌْﺒُﺪ َ ﱠﺎﻙ ﺇﻳ ۞ ِ ﱢﺪﻳﻦ ﺍﻟ ِ ﻳَﻮْﻡ ِ ﻣَﺎﻟِﻚ ۞ ِ ﱠﺣِﻴﻢ ﺍﻟﺮ ِ ﱠﺣْﻤَﻦ ﺍﻟﺮ ۞ َ ٱﻟْﻌَـٰﻠَﻤِﻴﻦ ﱢَب ر ِ ﱠ ﻪ ﻟِﻠ ُ ٱﻟْﺤَﻤْﺪ Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) dengan rasa dukacita memaklumkan tentang pemergian salah seorang warga kerja kami yang dihormati, En. Mustapha bin Dollah, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 22 April 2025. Allahyarham berkhidmat sebagai Pembantu Khidmat Am dan merupakan antara staf yang sangat komited, berdedikasi, serta mesra dalam kalangan rakan sekerja dan seluruh warga kampus. Sepanjang tempoh perkhidmatannya di IPGKS, beliau dikenali sebagai seorang yang sentiasa ringan tulang, ikhlas membantu, serta memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi harian kampus. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat institusi ini. Sumbangan beliau tidak ternilai dan akan sentiasa dikenang dalam ingatan kami semua. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada hari yang sama, dalam suasana penuh hormat dan doa daripada keluarga, sahabat handai serta rakan-rakan seperjuangan. Bagi pihak seluruh warga IPG Kampus Sarawak, kami merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.

4

BULETIN IPGKS

EDISI 3 / JANUARI-JUN 2025

Januari - Jun 2025

I P G K S

PRESTASI CEMERLANG KATEGORI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2.0 (SMPK 2.0) DAN KECEMERLANGAN 100% DALAM PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM SESI AKADEMIK 2024/2025. 3 Januari 2025, Mega Hotel, Miri

Pejabat Pendidikan Daerah Miri telah menganjurkan Majlis Apresiasi Daerah Miri 2024 bertempat di Mega Hotel, Miri pada 3 Januari 2025. Pada majlis tersebut, IPG Kampus Sarawak telah dianugerahkan Sijil Pengiktirafan di atas Prestasi Cemerlang kategori Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan 2.0 (SMPK 2.0) dan kecemerlangan 100% dalam Permohonan Kemasukan ke Prasekolah KPM pada Sesi Akademik 2024/2025. Membangunkan kepercayaan masyarakat! Pengiktirafan ini juga menunjukkan bahawa prasekolah bukan sahaja berjaya memenuhi kriteria penilaian dalam SKPK 2.0, malah mampu membangunkan kepercayaan masyarakat sehingga mendorong penyertaan penuh dalam permohonan kemasukan murid baharu.

Kejayaan ini adalah manifestasi komitmen tinggi, perancangan rapi, serta dedikasi berterusan pihak pengurusan dan seluruh warga pendidik prasekolah, yang cekal dan berdaya saing dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti, selamat dan merangsang perkembangan menyeluruh kanak kanak. IPGKS mengucapkan syukur kehadrat Ilahi di atas pengiktirafan tersebut dan beriltizam untuk meneruskan kecemerlangan ini pada sesi akademik yang akan datang. Pihak IPGKS merakamkan penghargaan kepada PPD Miri di atas kerjasama dan pengiktirafan terhadap usaha, dedikasi, dan komitmen warga IPGKS ke arah merealisasikan visi menjadikan Institut Pendidikan Guru Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

5

Januari - Jun 2025

I P G K S

Kreativiti biasanya tertumpu pada pemikiran dan pengetahuan asal, yang mengeluarkan potensi dan merupakan sebahagian daripada penjanaan idea. Inovasi, sebaliknya, digunakan untuk mengubah idea kreatif yang anda hasilkan menjadi penyelesaian yang berdaya maju. Pertandingan Idea Kreatif & Inovatif Antarabangsa (ICIIC) 2025 ialah pertandingan untuk memupuk idea kreativiti dan inovasi dan seterusnya memudahkan penyelesaian masalah secara kreatif. Anugerah Emas : International Creative & Innovative Idea Competition (ICIIC) 2025 Pertandingan ini dianjurkan oleh MNNF Network (Mediate Nexus and Nurture a Fast Network) yang melibatkan 564 penyertaan dari 7 Negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Phillippines, Sourth-Africa, UAE dan Brunei. 8 Februari 2025, Atas Talian

International Creative & Innovative Idea Competition (ICIIC) 2025 ialah platform yang menyatukan idea, kreativiti dan inovasi dari seluruh negara dan antarabangsa. Ia bukan sekadar ruang persaingan, tetapi sebuah wadah pembangunan minda kreatif dan penyelesaian inovatif terhadap cabaran yang kita hadapi dalam pelbagai bidang. Dengan kejayaan ini, seluruh warga IPG Kampus Sarawak turut sama berbangga dan mengucapkan tahniah kepada para peserta. Semoga kerja keras, dedikasi dan semangat yang ditunjukkan menjadi suntikan ilham buat seluruh warga IPGKS yang lain. Teruskan berkarya dan mencipta inovasi yang menginspirasi! "Wadah pembangunan minda kreatif dan penyelesaian inovatif." Tahniah kepada pensyarah IPG Kampus Sarawak, Dr Law Hui Haw dan Puan Wong E Mann kerana telah berjaya merangkul Anugerah Emas untuk Kategori A (Profesional) dengan tajuk Mobile STEM Hub.

6

Januari - Jun 2025

I P G K S

Pingat Emas Pertandingan Inovasi Pendidikan International Education Innovation Carnival 2025 (IEIC'25) 7 Mei 2025

Karnival Inovasi Pendidikan Peringkat Antarabangsa atau dikenali sebagai International Education Innovation Carnival (IEIC) 2025 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Khairuddin bin Abu Hanifah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak mewakili YAB Menteri Besar Perak. Karnival ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak, Kolej Komuniti Chenderoh Perak, Institut Tadbiran Islam Perak dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. menyajikan pelbagai aktiviti dan program menarik. Salah satunya ialah Pertandingan Inovasi Pendidikan melibatkan 267 penyertaan kumpulan inovasi dari dalam dan luar negara. Antara penyertaan ini adalah daripada pensyarah IPG Kampus Sarawak. Karnival yang berprestij dan penuh gemilang ini

Kemenangan pensyarah IPG Kampus Sarawak (IPGKS) dalam pertandingan ini bukan sahaja membanggakan seluruh warga institusi, malah menjadi bukti bahawa budaya inovasi dan pemikiran kreatif dalam kalangan pendidik mampu menghasilkan penyelesaian praktikal yang menyumbang secara langsung kepada pemantapan sistem pendidikan negara. Kejayaan ini juga mem buktikan keupayaan warga IPGKS bersaing di peringkat antarabangsa melalui hasil inovasi yang kreatif dan relevan. Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan sistem pendidikan secara men yeluruh. Syabas & Tahniah!

Institut Guru Kampus Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Aisha Chang, atas kejayaan merangkul Pingat Emas dalam Kategori Terbuka (Inovasi Pengurusan dalam Pendidikan). Dalam pertanding an ini, beliau telah menge tengahkan inovasi bertajuk "EPPK: Sistem Pengurusan Data Pemantauan Kurikulum". "Inovasi pemacu kecemerlangan." Pendidikan

7

Januari - Jun 2025

I P G K S

PASUKAN ROBOTIK IPGKS CAPAI KEJAYAAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA!

7-10 Mei 2025

HOTEL MERITZ MIRI

Kategori Robomission Battle Open - Anugerah

Pasukan Robotik IPGKS Menyahut Cabaran Pertandingan Robomission Battle Lego Education Spike Prime “Borneo International Robot Tournament 2025” (Borneo-IRT2025) telah berlangsung pada 7 – 10 Mei 2025 di Hotel Meritz, Miri, Sarawak. Sebanyak 220 pasukan dari Malaysia, China, Chinese Taipei, Macau, Vietnam dan Thailand telah menyertai pertandingan ini. Tahniah dan syabas kepada semua 8 Pasukan Robotik (I-Roboreg, Laivin, G.E.T, RoboNatives, RoboQhirin, TCV, To.In & VAK.R7) IPGKS yang menyertai Borneo-IRT2025 dan mencapai kejayaan yang cemerlang dan mengharumkan nama IPGKS. Pasukan ini telah dibimbing oleh Dr Hu Laey Nee dan Dr Norsarihan bin Ahmad. Dalam pertandingan ini, pasukan I-Roboreg (Grace Tan Hong Hui & Elaine Wong Nga Hui) mendapat tempat ketiga dalam Kategori Robomission Battle Upper (16 - 18 tahun).

Bagi Kategori Robomission Battle Open (19 tahun dan ke atas) pula, pasukan Laivin (Lai Chaun Choy & Yong Vin Cent), hasil kerjasama IPGKS dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berada di tempat kedua; pasukan VAK.R7 (Raymond Ting Yih Wei & Audrey Kong Siau Jing) meraih tempat ketiga dan pasukan RoboQhirin (Muhammad Asy Syakirin Bin Razlan & Muhammad Qhairil Bin Mulyadi) mendapat tempat ketujuh.

Laivin (Lai Chaun Choy & Yong Vin Cent) Tempat ke-2 Kategori Robomission Battle Open

8

Januari - Jun 2025

I P G K S

Teruskan usaha dan disiplin diri yang tinggi. Semoga kejayaan kali ini dapat memberi motivasi kepada Pasukan Robotik IPGKS untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam Kejohanan Robotik Antarabangsa – World Robot Olympiad (WRO) Open Championship (Europe) pada masa hadapan. “Menjadi Inspirasi & motivasi untuk meneruskan perjuangan ”

VAK.R7 (Raymond Ting Yih Wei & Audrey Kong Siau Jing) Tempat ke-3 Kategori Robomission Battle Open

Harapan & Doa Seluruh warga IPGKS mendoakan agar Pasukan Robotik kita dapat mengharumkan nama Institut Pendidikan Guru, Negeri Sarawak, dan Malaysia di peringkat antarabangsa serta melahirkan bakal guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program dan aktiviti pembangunan guru yang dinamik ke arah kecemerlangan pendidikan guru bertaraf dunia. Semoga program dan aktiviti robotik terus memacu kemajuan Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) selari dengan keperluan negara masa kini.

I-Roboreg ((Grace Tan Hong Hui & Elaine Wong Nga Hui) Tempat ke-3 Kategori Robomission Battle Upper

Kategori Robomission Battle Upper - Anugerah

9

Januari - Jun 2025

I P G K S

Pencapaian Pertandingan

4

Bintang

dalam

ANJURAN : JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI KOLEJ VOKASIONAL MIRI Menyemarakkan Semangat Inovatif! Pertandingan ini dianjurkan oleh Kolej Vokasional Miri dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD) dan R.D.C dibawah Yayasan Inovasi Malaysia. KIK Horizon Baharu ini terbuka untuk warga Pendidik, Pengurusan Organisasi dan staf akademik atau sokongan. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi dalam mencipta atau menambah baik sistem pengurusan pendidikan yang berasaskan digitalisasi dan elektronik.

Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

30 April - 13 Jun 2025

Tema pertandingan ini menekankan usaha mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan, serta inovasi dalam sistem penyampaian pendidikan melalui teknologi. Pertandingan ini merupakan medan bagi pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari seluruh negara untuk mempersembahkan projek projek berimpak tinggi yang menumpukan kepada transformasi digital dan penggunaan elektronik dalam pengurusan pendidikan. Kumpulan Kualiti Tanpa Sempadan yang terdiri daripada Dr. Hajah Noraini binti Omar, Dr. Hajah Tiwi binti Kamidin, Dr. Aisha Chang, Dr. Huang Chwei Ing dan Puan Angela Jau telah berjaya merangkul 4 Bintang dalam pertandingan ini dengan produk inovasi “Sistem Pengurusan Kualiti IPG Kampus Sarawak 2.0”. Pencapaian ini jelas membuktikan komitmen, dedikasi, serta semangat kerjasama tinggi dalam menghasilkan inovasi bermakna dan berimpak. Syabas dan teruskan kecemerlangan! "EMPOWERING DIGITALIZATION AND ELECTRONICS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT" 1st NATIONAL MIRIKIKSTART 2025 Peringkat Kebangsaan

10

Januari - Jun 2025

I P G K S

Pingat Gangsa dalam Pertandingan Virtual Innovation Competition (VIC) 2025 bagi Kategori Profesional. 25 Jun 2025

Syukur alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada inovator Dr. Aisha Chang atas kejayaan merangkul Pingat Gangsa dalam Pertandingan Virtual Innovation Competition (VIC) 2025 bagi Kategori Profesional. Pertandingan Inovasi Maya ini dianjurkan oleh DIGIT360 dan Digital Information Interest Group (DIGIT), dengan kerjasama Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Malaysia; Universitas Ngudi Waluyo, Indonesia; Kolej Politeknik Camarines Sur, Filipina; Persatuan Inovator India, India; Kesatuan Akademik Arab, Yaman; Latihan dan Penyelidikan Nusantara, Indonesia; Academica Press Solutions; Laman Teknologi, Malaysia, RR Texnology, Malaysia, and Meira Visi Persada, Indonesia.

Budaya Inovasi

khalayak yang lebih luas dan meningkatkan kemahiran interpersonal dan intra peribadi melalui inovasi produk.

Memupuk budaya inovasi dan reka bentuk dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta bidang lain yang berkaitan dalam kalangan pendidik, pelajar dan orang ramai. platform berprestij untuk pendidik, pelajar dan orang ramai untuk mengambil bahagian dan mempamerkan inovasi dan reka bentuk mereka melalui platform digital. Platform Berprestij juga menyemai konsep pemikiran “keluar dari kotak”, mencapai Menyediakan Pertandingan ini

Kejayaan cerminan berterusan

ini

merupakan

kepada

usaha

dalam mem budayakan inovasi sebagai teras kecemerlangan organisasi. Kita percaya bahawa inovasi bukan sekadar hasil – ia adalah proses, budaya dan komitmen. Teruskan melakar kejayaan, mencipta impak dan membawa nama institusi ke persada yang lebih tinggi. Tahniah!

Menampilkan dari pelbagai bidang dan aliran, objektif pertandingan ini adalah: inovasi

11

BULETIN IPGKS

EDISI 3 / JANUARI-JUN 2025

Januari - Jun 2025

I P G K S

Bicara Eksekutif Pengarah IPGKS 6 Januari 2025, Dewan Ilmu IPGKS Bicara Eksekutif Warga IPG Kampus Sarawak, Miri telah diadakan bersempena tahun baharu 2025 bertempat di Dewan Ilmu, IPGKS pada 6 Januari 2025.

Pengarah IPG Kampus Sarawak, YBrs. Dr. Hajah Noraini binti Haji Omar di dalam

perkongsian profesionalnya telah menegaskan berkenaan tanggungjawab dan amanah dalam diri setiap Penjawat Awam. Beliau turut memberi penekanan khusus terhadap matlamat dan hala tuju IPGKS yang kini berada di Fasa ke-4, Kegemilangan dan Kelestarian.

Program sulung 2025 ini telah dihadiri oleh sekitar 95 orang warga IPGKS. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengarah YBrs. Dr. Hajah Tiwi binti Kamidin.

Penyampaian Amanat

Prinsip Pegangan Amanah “Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”.

Intipati

Pengarah menyeru warga IPGKS agar tidak meng khianati amanah sama ada amanah peribadi, sosial, atau pekerjaan. Menyedari bahawa pengkhianatan terhadap amanah adalah dosa besar, lebih-lebih lagi jika dilakukan dengan sedar.

Turut disampaikan dalam Program Bicara Eksekutif ini adalah intipati-intipati penting daripada Amanat Tahun Baharu 2025 YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

(QS:an Nisa:58)

12

Januari - Jun 2025

I P G K S

Majlis Chap Goh Mei 2025 Anjuran Persatuan Bahasa Cina 14 Februari 2025, Dewan Muhibah IPGKS

Majlis Chap Goh Mei 2025 merupakan salah satu perayaan besar yang disambut bersama oleh semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS). Sambutan perayaan ini bermatlamat bukan sahaja untuk membolehkan semua warga IPGKS meraikan Chap Goh Mei bersama-sama pada hari yang amat bermakna tersebut, malahan di samping itu dapat memberi peluang kepada warga IPGKS termasuk pensyarah, staf sokongan dan guru pelatih untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain demi kesejahteraan dan keharmonian. • Membina dan meningkatkan kemahiran merancang atau mengurus sesuatu program dalam kalangan guru pelatih terutamanya ahli Persatuan Bahasa Cina. Objektif Majlis Chap Goh Mei 2025 adalah seperti berikut:

Ucapan wakil Pengarah, Encik Lee Tiew Siong

• Mempamerkan kepentingan sesuatu perayaan di negara kita. • Menyesuaikan diri guru pelatih terutamanya ahli Persatuan Bahasa Cina ke arah pengurusan majlis pada masa akan datang semasa menjadi guru di sekolah.

• Menunjukkan komitmen dalam melaksanakan sesuatu amanah yang diberi. • Meningkatkan daya ketahanan dalam fizikal, mental, rohani dan sosial.

Sebagai acara pembukaan yang istimewa, majlis telah menjemput pasukan persembahan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Lutong, Miri bagi mempersembahkan dua pertunjukan kebudayaan yang menarik, iaitu persembahan gendang 24 Perayaan dan tarian singa. Persembahan Gendang 24 Perayaan mengetengahkan gabungan irama dram yang penuh tenaga dan simbolik dalam budaya Cina, manakala tarian singa melambangkan kemakmuran. Selain daripada itu, Ahli Persatuan Bahasa Cina juga menyediakan tiga persembahan tarian, drama dan persembahan nyanyian untuk memeriahkan lagi majlis ini. Ribuan terima kasih kepada semua warga IPGKS yang menghadiri majlis ini dan memberi sokongan penuh kepada Persatuan Bahasa Cina IPGKS.

Ucapan Pengerusi Majlis, Saudari Law Chaw Nee

13

EDISI 2 / JULAI-DISEMBER 2024

BULETIN IPGKS

CHAP GOH MEI 2025 SAMBUTAN MAJLIS

14

Januari - Jun 2025

I P G K S

Misi: Menyemai Nilai, Menabur Bakti Program sukarelawan tahunan IPGKS kembali lagi! Pasca banjir yang melanda kawasan Miri, mengakibatkan beberapa sekolah mengalami kerosakan dan lumpur tebal. IPG Kampus Sarawak tampil pantas menghulurkan bantuan bagi memulihkan semula persekitaran pembelajaran murid. Skuad Ihsan Madani IPG Kampus Sarawak yang dianggotai Kumpulan Pengurusan, Anggota Kumpulan Pelaksanan (AKP) dan Pelajar IPG Kampus Sarawak telah melaksanakan misi khidmat masyarakat secara gotong royong membersihkan sekolah di bawah seliaan PPD Subis bertempat di SK Bekenu. Program Sukarelawan IPGKS 8 Februari 2025, SK Bekenu Kerjasama dan Kolaborasi Komuniti Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah IPG Kampus Sarawak Dr Hajah Noraini binti Haji Omar, Puan Rabinah Binti Zaini selaku Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Subis, dan Penolong Kanan HEM SK Bekenu. Program tersebut turut disertai para Guru, Staf sokongan, serta PIBG SK Bekenu. Misi khidmat masyarakat ini telah berjaya diselesaikan sekitar jam 3 petang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang sudi berganding bahu. Tidak dilupakan juga rakan-rakan sukarelawan IPGKS yang telah menunjukkan semangat luar biasa. Tahniah dan syabas! 15

IMPAK PROGRAM

Kesan Membantu mempercepatkan proses pembukaan semula sekolah yang terkesan akibat banjir Nilai Meningkatkan kesedaran sivik & nilai kemanusiaan dalam kalangan warga IPGKS, terutamanya guru pelatih.

Jalinan Memperkukuh jalinan IPGKS dengan komuniti setempat

EDISI 2 / JULAI-DISEMBER 2024

BULETIN IPGKS

rogram SUKARELAWAN P 19 Februari 2025 SJKC HUA KWONG

16

Januari - Jun 2025

I P G K S

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berlangsung dengan penuh barakah di IPG Kampus Sarawak pada 10 Mac 2025. Program ini menjadi wadah merapatkan ukhuwah, menyemarakkan semangat Ramadan serta menyantuni warga IPGKS dalam suasana penuh syahdu dan keinsafan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Pensyarah, Pegawai Pengurusan, Anggota Kumpulan Pelaksana serta pelajar siswa siswi atas kerjasama, dedikasi, dan semangat ukhuwah yang ditunjukkan. Walaupun program ini dilaksanakan dalam tempoh persiapan yang singkat, kejayaan ini membuktikan nilai kebersamaan yang erat dalam kalangan warga IPGKS. PROGRAM JAULAH RAMADAN KEMENTERIAN (KPM) 10 Mac 2025, IPG Kampus Sarawak

"Delegasi KPM & Pengisian Bermakna" menyampaikan amanat serta kata-kata motivasi kepada warga pendidik dan para pelajar. Selain itu, beliau juga mengetuai pengagihan bubur lambuk sebagai simbolik kebersamaan dan keindahan bulan Ramadan. Program Jaulah Ramadan ini bukan sahaja menghidupkan suasana ibadah di bulan mulia, malah menzahirkan keprihatinan KPM terhadap kebajikan institusi pendidikan guru. Semoga program seperti ini diteruskan sebagai pengikat hati dan pemangkin semangat dalam membentuk guru yang cemerlang dunia dan akhirat. Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Azman bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), yang turut

Semoga program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi juga menyemarakkan semangat Ramadan yang penuh keberkatan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat!

17

I P G K S Januari - Jun 2025 PROGRAM JAULAH RAMADAN KEMENTERIAN (KPM) 10 MAC 2025

18

Januari - Jun 2025

I P G K S

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Perdana (Ihya Ramadan) IPG Kampus Sarawak

25 Mac 2025

SURAU DARUL INSYIRAH

Ucapan Perasmian Pengarah IPGKS; YBrs. Dr. Hajah Noraini binti Omar

Anjuran

Meraikan Pelajar Ramadan adalah bulan yang diturunkan padanya Al-Quran – petunjuk bagi umat manusia, membawa cahaya dan pedoman hidup. Justeru, program tadarus Al-Quran yang telah dilaksanakan secara berkumpul an pada bulan Ramadan oleh para pelajar kita adalah suatu usaha yang amat mulia dan wajar diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran ini.

UNIT PENDIDIKAN ISLAM

JABATAN HAL-EHWAL PELAJAR (HEP) JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PERSATUAN GURU PELAJAR ISLAM (PGPI)

Majlis Bersungkei Berami Tidak dilupakan juga, Majlis Bersungkei Berami yang kita raikan bersama seluruh warga IPGKS – pensyarah, AKP dan pelajar – memperkukuhkan lagi ikatan ukhuwah dan kasih sayang antara kita. Inilah roh Ramadan yang perlu dipupuk: perpaduan, kebersamaan dan saling menghargai. Dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab harian, majlis seperti ini amat bermakna kerana ia memberi ruang kepada kita untuk berhenti seketika, berkumpul dan menikmati rezeki Allah SWT bersama-sama dalam suasana penuh keberkatan.

19

Januari - Jun 2025

I P G K S

JOM RAYA BERSAMA

Program Bejarah Raya Peringkat IPGKS

Merapatkan Silaturrahim

Menghargai Warisan, Menyemai Kasih Sayang

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Pengarah IPGKS, Dr. Hjh Noraini binti Omar, Timbalan Pengarah Dr. Hjh Tiwi binti Kamidin, barisan pensyarah, staf sokongan serta semua pelajar IPGKS. Tema “Bejarah Raya” mengangkat konsep belajar sambil beraya. Aktiviti disusun untuk menggalakkan pemahaman tentang budaya, adab dan nilai-nilai murni dalam suasana perayaan. Program ini adalah platform pembelajaran tidak formal bagi pelajar dalam aspek komunikasi, pengurusan acara dan kerja berpasukan.

Pada 25 April 2025, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) telah menganjurkan Program Bejarah Raya 2025, bertempat di Dewan Muhibah, IPGKS. Program ini merupakan inisiatif tahunan yang bertujuan memupuk semangat perpaduan, memperkukuh hubungan silaturahim dan menerapkan nilai murni sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam ucapan perasmiannya, Pengarah IPGKS menekankan pentingnya mengekalkan nilai dan adab dalam arus pendidikan moden dan menyeru agar program seumpama ini diteruskan demi membentuk kesan positif. Program diakhiri dengan jamuan Aidilfitri secara santai, yang mempertemukan seluruh warga kampus dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan.

20

Januari - Jun 2025

I P G K S

Program Bejarah Raya Peringkat IPGKS

25 April 2025

21

Januari - Jun 2025

I P G K S

Bengkel Kesedaran Islam & Sambutan Hari Raya Korban 1446

9 Jun, 2025 12 Zulhijjah 1446H Surau Darul Insyirah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS)

Menghayati Erti Pengorbanan, Memupuk Nilai Ihsan Pihak Institut, dibawah Jawatankuasa Surau Darul Insyirah IPGKS, Miri telah melaksanakan Program Kesedaran Islam dan Sambutan Hari Raya Korban. Melalui program ini, aktiviti ibadah korban 3 ekor lembu telah dilaksanakan dengan penglibatan seluruh warga.

Nilai Program ini diharap dapat meningkatkan kepekaan warga IPGKS terhadap tanggungjawab sosial dan keagamaan serta menerapkan nilai-nilai spiritual dalam pembentukan sahsiah masa depan. “Pengorbanan yang kecil hari ini menjadi asas kekuatan untuk mendidik generasi akan datang.”

Gotong Royong Memasak Jamuan Turut diadakan ialah jamuan korban secara berjemaah, yang mengeratkan silaturahim antara warga kampus dalam suasana penuh kesyukuran.

22

Januari - Jun 2025

I P G K S

Majlis Perasmian

Bengkel Pendidikan Alam Sekitar

STRATEGI

Beliau menjelaskan bahawa usaha tersebut merangkumi pelaksanaan Ordinan Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau 2023, Dasar Perubahan Iklim Sarawak, pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui serta pemuliharaan hutan dan paya bakau melalui pendekatan karbon biru. Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan geran khas untuk penubuhan Kelab PALS (Program Alam Sekitar Lestari Sarawak) melalui NREB bagi mendukung program program lestari alam sekitar.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew. Dalam ucapan perasmian tersebut beliau berkata, guru bukan sekadar menyampaikan kurikulum, malah menjadi pencetus nilai kelestarian melalui pendekatan gaya hidup lestari dan aktiviti komuniti. Menurutnya, Kerajaan Negeri Sarawak komited memperkukuh agenda kelestarian menerusi pelbagai dasar dan inisiatif untuk menuju ke arah negeri karbon rendah. PERASMIAN - 14 JUN 2025 Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) telah menganjurkan Bengkel Pendidikan Alam Sekitar bertempat di Dewan Muhibah, IPGKS.

KERJASAMA Turut sama memberikan ucapan dalam Majlis ini ialah YBhg. Datu Jack anak Liam; Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak dan YBrs. Dr. Hajah Noraini binti Omar; Pengarah IPGKS. Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam memupuk kesedaran dan tindakan proaktif terhadap isu alam sekitar.

23

Januari - Jun 2025

I P G K S

Bengkel ini dirasmikan oleh YBrs. Dr Hajah Noraini binti Haji Omar, Pengarah IPG Kampus Sarawak. Dalam ucapan perasmian, beliau Bengkel Lestari Madani KECERIAAN IPGKS Bil. 1/2025 16 JUN 2025

Melalui bengkel ini, para peserta bukan sahaja didedahkan kepada konsep kelestarian, tetapi juga digalakkan untuk mengambil tindakan nyata bagi memperindah dan menceriakan kawasan kampus secara berterusan. menegaskan kepentingan mewujudkan persekitaran kampus yang lestari, harmoni dan kondusif demi menyokong proses pembelajaran serta membina budaya kerja yang positif dalam kalangan warga IPG Kampus Sarawak. Program ini juga selaras dengan arahan pihak pengurusan tertinggi IPGM supaya semua kampus mengambil tindakan segera terhadap isu keselamatan dan keceriaan sebelum sesi pendaftaran pelajar pada bulan Ogos 2025 nanti. Bengkel ini telah dijayakan dengan kerjasama seluruh kakitangan IPG Kampus Sarawak sambil dibantu oleh Persatuan Pandu Puteri Kadet pada sebelah petang sebagai aktiviti khidmat masyarakat.

“Lestari, Harmoni & Kondusif” Semoga semangat kerjasama ini terus diperkukuh dan diperkembangkan melalui program-program susulan yang berimpak tinggi, demi pembangunan warga kampus yang holistik.

24

Januari - Jun 2025

I P G K S

MAJLIS ANUGERAH GEMILANG DAN GRADUASI PISMP AMBILAN JUN 2021 – JULAI 2025 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

Majlis Anugerah Gemilang dan Graduasi PISMP Ambilan Jun 2021 – Julai 2025 Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak telah diadakan pada 9.30 pagi, 24 Jun 2025 di Dewan Muhibah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Majlis gilang-gemilang ini telah menyaksikan seramai 56 orang graduan menerima pengiktirafan setelah berjaya menamatkan pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama lima tahun di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Para graduan terdiri daripada 37 orang dalam bidang Bahasa Melayu Pendidikan Rendah dan 17 orang dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Majlis penuh bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr Hajah Noraini binti Haji Omar, Pengarah IPG Kampus Sarawak, YBrs. Dr Tiwi binti Kamidin, Timbalan Pengarah IPGK Sarawak, Ketua-ketua Jabatan dan Unit, para pensyarah, serta semua pelajar PPISMP dan PISMP. Sijil tamat pengajian telah disampaikan oleh YBrs. Dr Hajah Noraini binti Haji Omar kepada setiap graduan, manakala upacara simbolik

“Turning the Tassel” telah disempurnakan dengan penuh istiadat oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan Ketua Jabatan Bimbingan dan Kaunseling. Keseluruhan majlis berlangsung dalam suasana yang sarat dengan rasa syukur, keharuan dan kebanggaan.

Penghargaan & Pengiktirafan

Majlis ini merupakan penghargaan kepada para graduan atas kejayaan mereka menamatkan pengajian, di samping mengiktiraf kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan sepanjang tempoh pengajian. Semoga para graduan menjadi agen perubahan yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak mulia dalam mendepani cabaran dunia pendidikan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada pasukan pengelola majlis yang diketuai oleh Penyelaras Pemantauan Prestasi Pelajar, Puan Angela Jau, atas komitmen dan dedikasi yang dicurahkan. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Koperasi IPGKS yang telah memberikan kerjasama penuh, khususnya dalam pengurusan jubah graduasi. 25

I P G K S Januari - Jun 2025 MAJLIS ANUGERAH GEMILANG DAN GRADUASI PISMP AMBILAN JUN 2021 – JULAI 2025 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

26

Januari - Jun 2025

I P G K S

CERAMAH KHAS

Ceramah Sempena Awal Muharram 2025 “Membangun Ummah Madani” MAAL HIJRAH Sambutan Maal Hijrah ini adalah antara usaha murni Unit Pendidikan Islam (JAPIM) dengan kerjasama Persatuan Guru Pelajar Islam (PGPI) dalam mendidik dan menyuburkan jiwa para pelajar guru dengan nilai, akhlak dan semangat perjuangan Rasulullah SAW. Kita amat bertuah kerana pada majlis ini, warga IPGKS telah dijemput untuk mendengar perkongsian ilmu daripada seorang tokoh yang dihormati, iaitu Al Fadhil Ustaz Haji Sulaiman bin Haji Hashim, Ketua 27 Jun 2025 Dewan Ilmu, IPGKS

Membawa Perubahan Tahun Hijrah bukan sekadar pertukaran angka, tetapi membawa maksud perubahan, hijrah jiwa dan pembinaan jati diri, sejajar dengan contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam penghijrahannya dari Makkah ke Madinah – satu langkah besar dalam membina peradaban Islam yang penuh rahmah dan hikmah. Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, JPNS. Sesungguhnya, pengalaman dan ilmu beliau amat besar maknanya buat kita semua, khususnya dalam membimbing para pendidik Islam masa kini.

“dari sekadar tahu kepada benar benar menghayati” Marilah kita menjadikan sambutan Maal Hijrah ini sebagai titik tolak kepada satu penghijrahan diri yang lebih positif – dari yang baik kepada yang lebih baik, dari lemah kepada lebih berdaya saing, dari sekadar tahu kepada benar-benar menghayati.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan hari ini akan menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT.

27

BULETIN IPGKS

EDISI 3 / JANUARI-JUN 2025

Januari - Jun 2025

I P G K S

Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 SK Nanga Selangau STEM HUB

10 Januari 2025 STEM Hub IPG Kampus Sarawak telah menerima lawatan daripada SK Nanga Selangau, terdiri daripada 33 orang pelajar tahun 6 dan tahun 5 yang diiringi 10 orang guru dan staf sekolah. Objektif lawatan tersebut adalah untuk : Memberi pengalaman kepada murid tentang suasana pembelajaran di kampus perguruan. Menyediakan pendedahan kepada murid tentang pembelajaran Sains dan Matematik menggunakan kaedah menarik dan berteknologi, termasuk penggunaan aplikasi Augmented Reality (AR). Memperkenalkan teknologi robotik dalam pembelajaran. Pelawat juga diberikan informasi mengenai pencapaian Kelab Robotik IPG Kampus Sarawak dalam pertandingan robotik.

Stem Hub

Harapan & Hala Tuju

Jabatan STEM mempunyai harapan yang tinggi agar STEM Hub dapat berfungsi sebagai pusat pembelajaran yang inklusif dan menyeluruh, dengan tujuan berikut :

Hab Pendidikan Pelbagai

Kemahiran Abad ke-21 Jabatan STEM berharap dapat membantu murid membina kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan, termasuk kemahiran kritikal dan kreatif. Kolaborasi Jabatan STEM juga ingin menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara STEM Hub dan sekolah-sekolah lain untuk berkongsi sumber dan pengalaman, serta memperluas jaringan pembelajaran. Dengan harapan ini, Jabatan STEM berusaha untuk memastikan bahawa STEM Hub menjadi tempat yang dinamik dan berkesan untuk pembelajaran yang berterusan dan holistik.

STEM Hub beraspirasi melangkaui Sains dan Matematik, untuk melibatkan dan memperkaya pengalaman pembelajaran dalam bidang lain seperti Teknologi, Kejuruteraan, dan Seni. Minat dan Penglibatan Menarik lebih banyak sekolah untuk menyertai program dan aktiviti yang ditawarkan, sekaligus meningkatkan minat murid terhadap pendidikan STEM. Memperkasakan Pendidik STEM Hub juga berhasrat menjadi hab latihan dan sokongan dalam pengajaran STEM, dengan penekanan pada pendekatan inovatif dan berteknologi.

28

awatan Sambil Belajar L 10 Januari 2025 SK NANGA SELANGAU

29

Januari - Jun 2025

I P G K S

Augmented Reality (AR) Bengkel Pengenalan AR Dalam Pendidikan

22 Januari 2025

Jabatan Pendidikan Holistik, IPG Kampus Sarawak

Penyampai Taklimat : Cik Aida Adlina Binti Razman @ Rajemah

Interaktif, kreatif, menyeronokkan dan berimpak tinggi Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk memberi pendedahan awal kepada teknologi AR, yang kini semakin mendapat tempat dalam bidang pendidikan. AR bukan sekadar alat hiburan, malah ia mampu menjadi medium pengajaran yang interaktif, menyeronokkan dan berimpak tinggi – selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21. Semoga bengkel ini memberi manfaat dan menjadi titik mula kepada lebih banyak inisiatif inovatif dalam bidang pendidikan.

Cik Amirah Fatin Binti Alfian Cik Fatin Nazurah Binti Latip

Objektif :

Meningkatkan Pemahaman tentang Konsep dan Aplikasi Artificial Reality dalam Pendidikan Membangunkan Kemahiran dalam Reka Bentuk dan Integrasi AR dalam Pengajaran. Menggalakkan Penggunaan AR sebagai Alat Pembelajaran Berasaskan Inovasi dan Kreativiti.

30

Januari - Jun 2025

I P G K S

STEM Hub IPG Kampus Sarawak berbesar hati menerima lawatan daripada tiga Timbalan Pengarah Zon Sarawak sempena Mesyuarat Timbalan Pengarah Zon Sarawak. Lawatan ini dihadiri oleh: Lawatan Timbalan Pengarah Zon Sarawak ke STEM Hub IPG Kampus Sarawak 4 Februari 2025, STEM Hub IPG Kampus Sarawak Sepanjang lawatan, Timbalan Pengarah daripada empat IPG Zon Sarawak, termasuk Dr. Hajah Tiwi binti Kamidin (Timbalan Pengarah IPG Kampus Sarawak) telah berkongsi pandangan dan perancangan bagi membangunkan STEM Hub, terutama dalam bidang robotik. Dr. Hu Laey Nee, pensyarah pembimbing Kelab Robotik IPGKS telah memberikan pendedahan mengenai prosedur dan perancangan yang dilaksanakan dalam penyertaan pertandingan robotik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pengarah IPG Kampus Sarawak, Dr Hajah Noraini binti Omar juga turut hadir bersama rombongan Timbalan Pengarah Zon Sarawak. Sebelum mengakhiri lawatan, beliau telah membawa rombongan Timbalan Pengarah Zon Sarawak melawat Makmal Sains, memberikan mereka peluang untuk melihat penggunaan televisyen pintar interaktif dan aktiviti yang dijalankan di dalam makmal tersebut. Lawatan ini merupakan satu langkah positif dalam memperkukuhkan kerjasama dan pembangunan STEM di kalangan institusi pendidikan di Zon Sarawak. Diharapkan bahawa hasil perbincangan dan perkongsian ini akan memberikan impak yang positif terhadap perkembangan STEM, khususnya di Zon Sarawak. • Dr. Zainal Abidin (Timbalan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang) • En. Muyang Jami (Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak) • Dr. Cindy Wong Chyee Chen (Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang)

31

Januari - Jun 2025

I P G K S

Bengkel Pedagogi Terbeza Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

22 Februari 2025, Jabatan Pendidikan Holistik

KONSEP Dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah dan berkembang, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga perlu berkembang seiring dengan keperluan pelajar masa kini. Pendekatan pedagogi terbeza bukanlah satu konsep baharu, namun pelaksanaannya memerlukan pemahaman yang mendalam, kreativiti, dan kesediaan guru untuk beradaptasi.

PENYAMPAIAN Bengkel ini disampaikan oleh Dr. Narawi bin Abu Bakar dari Jabatan Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dan En. Awangku Azwani bin Awang Yaman dari Jabatan Pengajian Melayu (JPM).

OBJEKTIF Objektif bengkel ini dilaksanakan adalah untuk : Meningkatkan Pemahaman tentang Konsep Pedagogi Terbeza. Membangunkan Kemahiran Merancang Pengajaran yang Berasaskan Pedagogi Terbeza Mengaplikasikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Terbeza dalam Pelbagai Konteks Meningkatkan Kecekapan Guru Pelatih dalam Menggunakan Teknologi dan Sumber Pendidikan untuk Pedagogi Terbeza.

28 32

Januari - Jun 2025

I P G K S

Lawatan Lapangan Perkongsian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bersama Siswa IPGKS 5 Mac 2025, SK Kampung Bakam

Pendedahan Langsung : Memahami Aplikasi Dalam Suasana Bilik Darjah Sebenar Anjuran Jabatan Pendidikan Holistik Lawatan Lapangan ini telah dirancang sebagai satu inisiatif bagi memenuhi kehendak maklumat kursus, EDUP3153 Pentaksiran dalam Pendidikan dan EDUP3143 Sosiologi dalam Pendidikan bagi men Selain itu, pihak IPGKS dan SK Kg Bakam juga menanda tangani Sijil Jaringan Sekolah, diikuti dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan.

Pengerusi Program

Ucapan Penghargaan di sampaikan oleh Cik Husna Husniyah binti Amran

Dengan pengalaman yang diperolehi dalam program ini, diharapkan guru pelatih dapat memupuk nilai murni seperti nilai kerjasama, bertoleransi dan bertanggungjawab. Program ini lahir sejajar dengan hasrat untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk sentiasa peka terhadap pentaksiran dalam bilik darjah.

dedahkan siswa siswi guru kepada budaya di sekolah khususnya dari aspek pentaksiran dan mobiliti sosial. Perkongsian PBD & Per kongsian Amalan Terbaik SK Kg. Bakam telah disampaikan oleh Guru Besar; Cikgu Aleff bin Ab. Ghani. Program juga diisi dengan sesi temubual bersama Ketua Panitia Bahasa Melayu, Ketua Panitia PSV & Penyelaras PBD.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi antara IPGKS dan sekolah-sekolah di sekitar Miri, khususnya dalam usaha memperkasa pendidikan dan meningkatkan kualiti pengajaran serta pembelajaran murid-murid kita.

28 33

Januari - Jun 2025

I P G K S

Program Lawatan Lapangan Ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri

13 Mac 2025, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri

Lawatan Lapangan ini telah dirancang dengan objektif untuk : Memahami konsep pendidikan, konsep PBD dan hubungkait instrumen pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan di sekolah. Meningkatkan pemahaman kepada guru pelatih mengenai pelaksanaan sebenar PBD dalam persekitaran pembelajaran yang berbeza. Memahami strategi pentaksiran alternatif dan kaedah perekodan PBD yang digunakan di sekolah.

Taklimat program ini disampaikan oleh Puan Zeprina Anak Benik, Encik Mohd Rafeeq bin Sulaiman dan Encik Khakri bin Sahari.

Anjuran Jabatan Pendidikan Holistik

28 34

Januari - Jun 2025

I P G K S

EDUCATIONAL TRIP 2025

Pemantapan Pengurusan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Pelajar Elektif PJ (PJMS3213)

Anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum, IPGKS

Apr 12

Apr 09

2025

2025

i. Sekolah Sukan Tabuan Jaya

ii. MSN Sarawak

iii. IPGKTAR Kota Samarahan

28 35

Januari - Jun 2025

I P G K S

Anjuran Jabatan Bimbingan & Kaunseling

PROGRAM JOM RIA Jaga Otak & Minda; Riang, Inspirasi & Aktif 9 April 2025, SK Bakam, Miri, Sarawak Program yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bakam ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk membantu murid mengenali serta mengurus emosi mereka dengan cara yang sihat, melalui pendekatan interaktif dan menyeronokkan. Secara tidak langsung, pelaksanaan program ini diharap dapat

mewujudkan persekitaran pem belajaran yang lebih positif, kondusif, dan menyokong per kembangan emosi serta sahsiah murid secara menyeluruh.

Bagaimana Program Memberikan Kesan Kepada Para Peserta? Mempromosikan kesedaran kesihatan mental Memupuk motivasi diri Menggalakkan aktiviti yang menyeronokkan Membina sahsiah positif dalam kalangan murid

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran dan seluruh warga SK Bakam atas kerjasama padu dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan kepada para pelatih guru dan pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPGKS yang telah merancang dan melaksanakan program ini dengan penuh komitmen dan dedikasi.

28 36

Januari - Jun 2025

I P G K S

SAYANGI DIRI Minda Sihat & Sahsiah Terpuji

15 April 2025

Anjuran Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, IPGK Sarawak dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Merbau dan SK Tudan, Miri Program “Sayangi Diri, Minda Sihat & Sahsiah Terpuji” ini bertujuan untuk memenuhi keperluan Maklumat Kursus (MK) bagi kursus PBKK3262 Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, khususnya dalam aspek menilai keperluan, perancangan dan penilaian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah (C5, A3, HPP2, HPP8, KKG6, KAT6).

“Dunia hari ini menuntut lebih daripada sekadar kecemerlangan akademik” Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menghargai diri, menjaga sahsiah dan kesihatan mental. Melalui pelaksanaan aktiviti yang interaktif dan mendidik, program ini juga berhasrat membentuk sahsiah murid yang lebih baik, di samping membantu mereka memahami serta mengamalkan nilai-nilai murni dan strategi kesihatan mental dalam kehidupan seharian. Di samping itu, program ini turut mem berikan murid kemahiran mengurus emosi dan tekanan dengan lebih berkesan, sekali gus membina keupayaan daya tahan diri yang kukuh.

28 37

Januari - Jun 2025

I P G K S

Projek Mural Prasekolah Holistik 14-25 April 2025, Pra Sekolah Holistik IPGKS

Mewarnai Dinding, Menyemai Nilai Projek Mural Prasekolah Holistik ini berlangsung di ruang sekitar Prasekolah kampus. Ia merupakan sebahagian daripada usaha memperindahkan persekitaran pendidikan awal serta menyemai nilai estetika dan kebersamaan dalam kalangan warga IPGKS.

PENGLIBATAN Program ini melibatkan Pensyarah Jabatan Pendidikan Holistik, Ibu Bapa, Guru Pelatih Jabatan PSV dan Murid Prasekolah IPGKS seramai 11 orang.

OBJEKTIF Program keceriaan Prasekolah (Mural) adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap persekitaran yang kondusif dan ceria, melahirkan warga prasekolah yang bersemangat untuk hadir ke prasekolah, memupuk murid-murid yang berakhlak mulia disamping mencapai prestasi akademik yang membanggakan.

28 38

Januari - Jun 2025

I P G K S

Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kefahaman dan keupayaan pensyarah dalam merancang, melaksana serta menilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan hasil (OBE) secara berkesan. Pendekatan OBE amat penting dalam memastikan setiap graduan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan selaras dengan keperluan standard kualiti pendidikan negara dan antarabangsa. 22-23 April 2025, Bilik Mikro IPGKS Kursus Pemantapan OBE Anjuran Jawatankuasa Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi

Kursus ini juga diharap dapat memantapkan penyediaan Rancangan Pengajaran Semester, pemetaan kursus, penentuan Kaedah Penilaian Berasaskan Hasil (CLO, PLO) serta pendedahan kepada keperluan akreditasi program. Di samping itu, kursus ini memberi ruang kepada pensyarah untuk berkongsi pengalaman, amalan terbaik dan cabaran dalam pelaksanaan OBE di IPG. Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kualiti pengajaran & pembelajaran, seterusnya melahirkan guru pelatih yang kompeten dan memenuhi kehendak pihak berkepentingan.

Program dirasmikan dan ditutup oleh Timbalan Pengarah Dr Hajah Tiwi Binti Kamidin, selaku Ketua Sekretariat. Manakala penceramah dari Universiti Curtin Malaysia terdiri daripada Profesor Madya Dr Raymond Chiong, Dr Fayrene Chieng, Profesor Madya Dr. Lau Shiew Wei, Profesor Madya Dr Bridgid Chin Lai Fui, Dr. Tan Yin Ling, Dr. Lynn Ling Yew Hua, Cik Wendy Law, Puan Julia Bajau dan Encik Delon Chai.

28 39

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online